Malaysian Idol – Keputusan Spectaculars Show 6

Image hosted by Photobucket.com

Kredit: Gambar oleh Zaihan, member of Res-Q Photo Media Group

Masanya Telah Tiba Untuk Ash
Saya sebenarnya mengharapkan Faizull atau Daniel yang akan meninggalkan Malaysian Idol sejak berminggu minggu yang sudah. Saya tidak sangka Ash akan dihantar pulang oleh tangan anasir anasir yang salam tekan butang handphone. Melihat senarai 4 peserta yang tinggal, saya percaya hanya Nita dan Farah yang mampu memikul tanggungjawab besar untuk bergelar Malaysian Idol. Senarai itu mungkin lebih lengkap dengan adanya Ash dan Adam, instead of Faizull dan Daniel.

Ash pada saya menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan dari spectaculars yang pertama sehinggalah spectaculars yang ke-5 sebelum gugur pada spectaculars yang ke-6. Ash cuba untuk menyuntikkan elemen elemen baru yang peminat MI tidak pernah sangka Ash mampu lakukan. Contohnya pada persembahan Mustika, dan With Or Without You – Ash boleh menjadi begitu charming untuk memikat hati para peminatnya. Cuma satu masalah besar Ash ialah Ash terlalu average. Ash tidak cukup hebat bukan sahaja dari segi vokal namun aura dan pesona bintang untuk bergelar Malaysian Idol. Untuk menjadi seorang Idol, Ash perlu mempunyai personaliti yang disukai ramai biarpun tidak mempunyai vokal yang terlalu umppphhh. Itu hakikatnya!

Rating Persembahan Ash:
1. Workshop 2: Kiss From A Rose (Seal) 6.7/10 bintang
Tempat ke-4 dalam Workshop 2

2. Spectaculars Show 1: I Don’t Wanna Be (Gavin Degraw) 4.9/10 bintang
Tempat ke-10 dalam Top 11

3. Spectaculars Show 2: Lady In Red (Chris DeBurgh) 7.5/10 bintang
Tempat ke-3 dalam Top 9

4. Spectaculars Show 3: Ain’t Too Proud to Beg (Temptations) 7.5/10 bintang
Tempat ke-5 dalam Top 8

5. Spectaculars Show 4: Mustika (M Nasir) 7.0/10 bintang
Tempat ke-6 dalam Top 7

6. Spectaculars Show 5: With Or Without You (U2) 8.5/10 bintang
Tempat Pertama dalam Top 6

7. Spectaculars Show 6:
– Kissing A Fool (George Michael) 6/10 bintang
– Jeritan Batin (Tan Sri P Ramlee) 5.5/10 bintang
Tempat ke-7 dan ke-9 dalam 10 persembahan.

Analisis rating persembahan Ash – Ash memulakan cabaran dalam Malaysian Idol dengan pilihan pilihan lagu yang ambitious namun tidak terlalu sesuai dengan vocal capabilitynya, khususnya bagi lagu lagu berunsurkan rock band unggul. Ash melakukan perubahan dengan percubaan lagu not-so-R&B; Lady In Red pada malam tema R&B. Percubaan itu agak berjaya dan kedudukan Ash di dalam MI mula mendapat perhatian. Sehingga Spectaculars Show yang ke-5, kebolehan Ash diserlahkan dengan persembahan mantap With Of Without You dendangan asal kumulan rock lagenda – U2. Saya memberikan rating yang tinggi untuk beliau. Namun apa yang menghampakan saya ialah persembahan Kissing A Fool dan Jeritan Batin yang lemah telah mengheret Ash ke muka pengadilan yang seterusnya menyaksikan penyingkiran muktamad Ash pada spectaculars yang ke-6.

Ash bukanlah seorang peserta yang versatile dan konsisten namun Ash agak jujur dalam persembahannya. Melainkan percubaan yang agak tidak berjaya untuk sekali dua yang pertama di dalam Malaysian Idol, gaya rockie Ash masih agak jelas pada persembahan persembahan terkemudian khususnya spectaculars yang ke-4 dan ke-5. Ash tidak mempunyai vokal yang mantap namun ia bermagnet dan matang. Ia tidak terlalu solid tapi sebutan Ash jelas dan jauh lebih baik berbanding Daniel. Sayang seribu kali sayang Ash tersingkir sedangkan identiti Ash dan penampilan dirinya baru hendak berkembang di dalam Malaysian Idol.

Ramalan Juri:
Roslan: Faizull
Kak Gee: Faizull & Ash
Paul Moss: Farah
Fiqarash: Faizull

Saya tidak meletakkan Ash dalam ramalan bottom 3 saya kerana saya rasa minggu demi minggu Ash telah menunjukkan peningkatan yang serba memberangsangkan. Saya yakin Faizull dan Daniel bukan pilihan yang ideal untuk terus berada di dalam Malaysian Idol bagi spectaculars yang seterusnya kerana mereka bukan sahaja tidak cukup versatile, malah mereka tidak mempunyai star quality yang cukup untuk digelar Malaysian Idol. Saya rasa Ash lebih baik serba serbinya berbanding mereka berdua.

Bottom 3:
1. Ash
2. Faizull
3. Farah

Sudah berapa kali entah Farah harus berada di Bottom 3 namun kali ini Farah juga berada di Top 3. Kedudukan itu amat bahaya. Dengan pengumuman Faizull sebagai pengisi bottom 3, saya pasti peminatnya akan bangkit mengundi. Nita juga tidak terlalu selamat jikalau pada tahap ini Nita mara mencuri tempat di dalam Top 3. Ini akan menyebabkan peminatnya leka dengan kedudukan itu dan terlupa menyalurkan vote kepada Nita. Peminat Nita dan Farah harus sentiasa berjaga jaga!

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on September 4, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: