“Membantu Sahabat atau Saudara Yang Nazak”

Assalammualaikum,

Pada hari Sabtu lepas (03 Sept 2005) Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra’ Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama rakan-rakan sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam ‘membantu’ seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing-maasing membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam-macam ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita ‘disibukkan’ dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

1. Lantik seorang yang bacaan Al Quran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin – yang lain-lain boleh bersama-sama semak.
2. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
3. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz “Laa ila ha illallah”.
5. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap “Laa ila ha illallah” lagi.
6. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam ‘membantu’ saudara mara kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata-mata melalui ikutan adat. Amin.

Panjang-panjangkanlah artikel ini pada rakan-rakan dan sanak saudara utk kebaikan
kita bersama.

Wassalam.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on September 9, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: