Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya dalam usaha mengganggu dan melalaikan manusia. Walau seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya, namun ada sejenis ubat yang mampu membantu memulihkan penyakitnya itu.

Boleh dikatakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yang serius hingga dimasukkan ke wad ICU hospital syaitan dan iblis. Tapi kita sebagai umat Islam jugalah yang rupanya bersimpati dengan nasib iblis-iblis ini dengan memberikan mereka ubat supaya sihat.

Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anak-anaknya supaya pergi mengganggu umat Islam yang baru hendak solat di masjid. Apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan. Maka larilah iblis dan syaitan yang dilaknat lintang pukang. Ada yang terlanggar bukit, pokok besar, busut dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan.

Maka iblis-iblis tadi meraung kesakitan kerana cedera parah. Ada yang patah tangan, yang patah kaki, yang patah leher, yang terseliuh dan sebagainya. Lalu datanglah bapak ibis tadi. Melihatkan kecederaan yang dialami anak-anaknya, bapa iblis lalu memberitahu bahawa hanya ada satu saja ubat yang boleh menyembuhkan kecederaan parah yang mereka alami itu. Lalu bapa iblis menyuruh anak-anaknya yang cedera agar pergi ke rumah orang Islam dan carilah air kencing orang yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yang luka cedera parah. Sepantas kilat mereka pergi ke rumah orang Islam dan mencari orang Islam yang kencing berdiri lalu melakukan sebagaimana yang diarahkan bapa mereka. Dengan serta merta kecederaan mereka sembuh bagai sediakala. Sejak dari itu, anak-anak dan keturunan iblis yang cedera parah akibat mengganggu manusia, akan pergi mendapatkan air kencing orang Islam yang kencing berdiri untuk dijadikan ubat.

Kesimpulannya, orang yang kencing berdiri inilah yang tanpa kita sedari telah menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Ramai mengetahui, orang lelaki kebanyakannya kencing berdiri, hinggakan complexes pun menyediakan tempat kencing berdiri untuk orang lelaki. Oleh itu, jangan kencing berdiri, kerana tentu kita tak mahu menjadi doctor bagi syaitan dan iblis yang sentiasa menyesatkan umat, betul tak??? Tolong sebarkan! Wallahua’lam.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on September 14, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: