MARHABAN YA RAMADHAN – MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC

Assalamu’alaikum wbt kepada muslimin dan muslimat, saudara seIslam semua. Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.

Surah Al-Baqarah Ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang -orang yang beriman! diwajibkan atasmu berpuasa sebagai diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa”.

Surah Al-Baqarah Ayat 185, Allah SWT berfirman lagi, yang bermaksud:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi kalian manusia dan menjadi penjelasan penjelasan mengenai petunjuk dan membezakan diantara yang hak dan yang batil.” (hingga akhir ayat).

Bersama-sama e-mail ini disertakan yang bakal diadakan di Masjid Asy-Syakirin, KLCC, Insya’Allah ,program-program Sempena Ramadhan Al-Mubarak 1426. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

1. TAZKIRAH ZOHOR.
Tarikh : Setiap hari Sepanjang Bulan Ramadhan (Kecuali Hari Jumaat diganti dengan Forum).
Masa : 01.00- 02.00 Tengahari.

2. FORUM RAMADHAN AL-MUBARAK.
Tarikh : Setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadhan.
Masa : 12.00 tengahari hingga masuk waktu solat Jumaat.

3. TAZKIRAH SEBELUM BERBUKA (Bab Penyucian Hati)
Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan.
Masa : 06.15 – 07.00 petang.

4. QIAMULLAIL / IKTIKAF
Tarikh : Setiap pagi Ahad / 10 hari terakhir Bulan Ramadhan.
Masa : Mula Jam 3.30 pagi. (Makan Sahur disediakan)
Pimpinan : Imam Jemputan. (Sila rujuk kepada pihak masjid).

5. TADARUS AL-QURAN DI MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC.
Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan.
Masa : Selepas Waktu Asar.
Nota : Kepada yang berminat sila email nama dan no. h/phone ke zakarial@klcc.com.my.

Dimaklumkan di sini, disepanjang Bulan Ramadhan ini, pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC akan menyediakan jamuan berbuka puasa untuk 400 orang (Bergantung kepada sambutan orang ramai).

Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua, agar dapat memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT. Apa yang baik dari Allah SWT. Sebarang kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan kemaafan dipohon di atas segala kesilapan dan kesalahan yang berlaku.

Akhir kalam saya bagi pihak Pengurusan dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Asy-Syakirin, KLCC, ingin mengucapkan:

MARHABAN YA RAMADHAN. TAHNIAH KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEMUA DI ATAS KEJAYAAN MENJADI TETAMU KEPADA RAMADHAN AL-MUBARAK KALI INI. SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI, SEMOGA AMAL IBADAT KITA DI BULAN RAMADHAN INI ADALAH YANG TERBAIK BERBANDING RAMADHAN YANG SEBELUMNYA. SEMOGA IANYA MENJADI SAKSI UNTUK KITA MEMPEROLEHI KEAMPUNAN, KEREDAAN DAN BALAS SYURGA DARI ALLAH SWT. INSYA’ALLAH. RIBUAN KEMAAFAN DARIPADA KAMI DI ATAS SEGALA KELEMAHAN DAN KESILAPAN.

Wassalam.

B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

Hadis riwayat Muslim, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barang siapa melewati jalan di mana ia menuntut ilmu pada jalan itu, nescaya Allah SWT memudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga”.
Berikut adalah Jadual Porgram Kuliah/Pengajian anjuran Masjid Asy-Syakirin, KLCC dalam tempoh seminggu ini, Insya’Allah.

Dimaklumkan di sini antara Seminar, Bengkel dan Aktiviti yang bakal diadakan di Masjid KLCC Sempena Bulan Kemerdekaan.

Program 1 : PROGRAM HARI KESIHATAN TAKAFUL MALAYSIA
Tema: Kesihatan Dijaga Ummah Bahagia.
Tempat: Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh: 21hb Ogos 2005. (Jam 830 pagi – 430 petang).
Peserta: Terbuka.
Aturcara:

10.00 pagi – 03.00 petang
Pemeriksaan kesihatan percuma oleh PUSRAWI dan Kaunter Promosi Produk-produk Takaful Malaysia.

10.00 pagi – 10.30 pagi
Ceramah Kesihatan 1 – Kesihatan dijaga ummah bahagia Oleh Dr Adilah Mamat – Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Hospital PUSRAWI

10.30 pagi – 11.00 pagi
Ceramah Kesihatan 2 – Stress at Work Place Oleh Dr Norjan Kassim – Pakar Psikiatri, Hospital PUSRAWI

11.00 pagi – 11.30 tgh
Ceramah Takaful – Takaful Malaysia dan Kesihatan Oleh Wakil Takaful Malaysia

11.30 tgh – 12.00 tgh
Ceramah Kesihatan 3 – Early Care & Early Treatment: Sihatkah Jantung Anda Oleh Dr Azar Azman Hj Abu Bakar – Pakar Perubatan & Kardiologi Hospital PUSRAWI.

Program 2 : Klinik Hafazan Al-Quran
Pimpinan Ustaz Ahmad Shazili Abdullah (Imam Besar Masjid Asy-Syakirin, KLCC).
Pengisian: Hafazan surah-surah juz 30 dan perbetulkan pembacaan Al-Quran Remaja.
Tempat: Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh: 22 – 25 Ogos 2005. (Jam 830 pagi – 430 petang) – Konsep Nursery.
Peserta: Berumur 7 – 12 tahun.

Program 3 : Kolokium Kesukarelawan Dalam Islam.
Anjuran Bersama Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan Muslim Care Malaysia.
Tempat: Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh: 28 Ogos 2005. (Jam 830 pagi – 430 petang).
Peserta: Terbuka.
Yuran: Percuma.
Objektif Program Kolokium :-
1. Memperkenalkan kepada masyarakat konsep kesukarelawan dan kebaikannya kepada masyarakat dan negara.
2. Mendekatkan dan menggalakkan masyarakat dengan kerja-kerja kesukarelawan serta memberi panduan bagaimana menjadi sukarelawan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
3. Menarik minat masyarakat khususnya muda-mudi untuk bersama-sama Muslim Care dalam misi-misi / kerja-kerja Sukarelawan di masa akan datang baik di dalam mahupun di luar negara.

Program 4 : Sehari Remaja Bersama Masjid Sempena Hari Kemerdekaan.
Tempat: Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh: 28 Ogos 2005. (Jam 830 pagi – 430 petang)
Peserta: Terbuka kepada semua peringkat remaja bawah 15 tahun.
Yuran: Percuma.
Pengisian: Pertandingan Hafazan, Scrabble, Mewarna, Lukisan Collage,
Nasyid dan seumpamanya.
Maklumat lanjut, syarat penyertaan dan pendaftaran akan diumumkan kemudian.

Program 5 : Sambutan Hari Kemerdekaan Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Anjuran Bersama Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan Badan Kebajikan Bank Islam Malaysia Bhd.
Tempat: Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
Tarikh: 30 Ogos hingga 31 Ogos 2005.
Peserta: Terbuka kepada semua.
Pengisian: Selepas Solat Maghrib – Forum Perdana bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusof (UIAM), Ustaz Masridzi Sat(PERKID) dan Ustaz Nazri Chik (BIMB).
Selepas Isya’ – Persembahan Nasyid / Zikir Muhajat bersama Ustaz Zulkarnain Hamzah, Kump. Nasyid Wadi Al-Jadid, As-Soufi dan UNIC (Masih dalam perundingan).
3.30 pagi – Qiamullail bersama Ustaz Zulkarnain Hamzah.
Selepas Solat Subuh – Tazkirah Ustaz Zulkarnain Hamzah.

Kepada yang berminat untuk turut serta boleh e-mailkan permohonan melalui e-mail ini dengan menyatakan Program yang ingin disertai dan dinyatakan nama peserta, umur, alamat dan no. handphone. Bagi remaja harap dinyatakan nama penjaga / contact no.

Dimaklumkan juga di sini, Insya’Allah RAYHAR TRAVEL dengan kerjasama Masjid Asy-Syakirin, KLCC akan mengadakan Kursus Haji pada setiap hari Ahad (dari Jam 9.30 pagi hingga 12.30 tgh.) bermula daripada 14 Ogos hingga 02 Oktober 2005.

Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua, agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.

Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan kemaafan dipohon.

Taqabalallah minna wa minkum.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on October 2, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: