Amoi Bogel

Saudara dan saudari yang dihormati,

Sudah lama saya memerhati dari jauh isu tahanan wanita bogel oleh anggota polis ini. Negara telah dikejutkan dengan dakwaan beberapa wanita China dianiaya oleh pihak polis. Ekoran daripada ini berbagai-bagai pihak telah mengkritik polis termasuk akhbar, pemimpin-pemimpin politik & badan NGO.

Sayugia diingatkan ini adalah pendapat saya sebagai seorang pegawai kanan.

Pertama yang ingin saya ulas, sebagai seorang pegawai kanan polis, saya berpendapat (dan ramai lagi di luar sana), isu wanita bogel dalam tahanan polis ini (tidak kira samada tahanan itu berbangsa Malaysia ataupun tidak) adalah satu isu yang diprovokasi oleh sesetengah pihak yang kononnya ingin memperjuangkan hak asasi manusia. Tetapi mereka yang kononnya memperjuangkan isu ini sebenarnya tidak tahu
prosedur-prosedur pegawai penguatkuasa dalam menjalankan pemeriksaan ke atas tahanan dalam lokap. Apa yang mereka tahu adalah mengatakan perlakuan polis melanggar hak asasi manusia dan menghentam pihak polis habis-habisan tanpa usul periksa. Sudah tentu akhbar, pemimpin-pemimpin politik dan badan NGO akan memperkatakan keburukan pihak polis – mengambil peluang memperbesarkan-besarkan hal ini sehingga dapat dihidu oleh masyarakat antarabangsa.

Percayalah apabila saya kata, anggota polis di luar negara lebih ‘daring’ perlakuannya dibandingkan dengan polis Malaysia. Cuba lihat bagaimana polis di luar negara melayan tahanan-tahanan. Sesungguhnya polis Malaysia sentiasa mengikut prosedur dalam melayan tahanan.

Untuk Rozmal Malakan (http://waghih.blogspot.com/), blognya yang bertarikh 25/11/05 dirujuk. Blognya berbunyi, “Apakah penjara Malaysia ini bakal mewarisi penjara Abu Gharib atau penjara Guantanamo ? Atau apakah kes tahanan didera dengan arus elektrik, tahanan dibogelkan seperti yang dilaporkan dalam media akhir-akhir ini adalah merupakan kes terpencil sahaja?”

Jawapan saya, penjara di Malaysia tidaklah seteruk penjara-penjara yang disebutkan oleh saudara Rozmal. Kes-kes tahanan didera seperti yang dilaporkan oleh media adalah merupakan kes terpencil.

Ingin saya nyatakan di sini, prosedur memeriksa tahanan dilakukan di mana-mana negara. Apabila tahanan diperiksa seluruh badan, tahanan akan diminta untuk menanggalkan pakaian supaya full body search dapat dibuat. Terdapat kes-kes di mana ada tahanan yang menyembunyikan dadah dalam rektum dan vagina. Sekiranya tidak diperiksa, sila beritahu saya apakah cadangan-cadangan anda bagaimanakah cara body search terbaik? Memanggil doktor perubatan yang bertauliah untuk memeriksa anggota sulit tahanan?

Terlalu banyak pihak pihak yang ‘melompat’ mengenai isu tahanan wanita bogel ini. Sehingga sekarang kita tidak pasti samada wanita Cina yang bogel itu adalah rakyat tempatan ataupun rakyat China. Tetapi media seolah-olah menutup sebelah mata dan melaporkan wanita bogel dalam tahanan itu datang dari China.

Sehingga siasatan lanjut dapat dibuat, kita hanya dapat tunggu dan lihat.

Sesungguhnya saya menyokong tindakan Datuk Seri Musa Hassan (Timbalan Ketua Polis Negara) dalam mencari siapakah yang membuat rakaman video itu kerana dialah sebenarnya petualang. Orang yang merakam video itulah yang dikatakan, “Harapkan pagar, pagar makan padi.” Anggota polis wanita yang terbabit dalam video itu (yang mengarahkan ketuk-ketampi) sekadar menjalankan prosedur dalam melaksanakan tugas body search tersebut. Adakah kita lihat anggota polis wanita itu menyentuh atau cuba mencederakan tahanan wanita bogel itu? Jawapannya tidak. Bak kata Datuk Mohammed Alias (bekas Duta Malaysia ke Nigeria) dalam Utusan Malaysia, “Sesungguhnya polis Malaysia tidaklah seganas polis negara-negara lain. Hukuman ketuk-ketampi adalah lebih baik daripada tubuh yang lesu disarangi peluru hingga 50-60 das.”

Apakah kesilapan polis dalam rakaman video wanita bogel dalam tahanan polis tersebut?

Kesilapan yang nyata dalam kes wanita bogel dalam tahanan adalah penggunaan telefon bimbit berkamera dalam kawasan lokap. Penggunaan telefon bimbit adalah sama-sekali dilarang dalam lokap. Kesilapan kedua ialah anggota polis wanita yang melakukan body search itu perlu memastikan pemeriksaan dibuat dalam tempat yang tertutup, serta tiada anggota lain di kawasan itu. Apabila bercakap tentang kehormatan seseorang tahanan, pemeriksaan haruslah dibuat antara tahanan tersebut dengan anggota polis terlibat baik lelaki ataupun perempuan. Tahanan wanita diperiksa oleh anggota polis wanita, lelaki oleh lelaki. Menjatuhkan maruah seseorang adalah dilarang, maka pemeriksaan harus dilakukan dalam privasi.

Janganlah kita bertindak melulu menghentam polis tanpa usul-periksa. Pihak media, pemimpin-pemimpin politik dan badan NGO berhak mengkritik polis tetapi biarlah berpada-pada. Janganlah sampai pihak polis yang berhempas-pulas memastikan negara aman hilang semangat dalam menjalankan tugas mereka. Sejarah membuktikan beberapa buah negara menjadi kucar-kacir dan kerajaan terguling apabila pihak polis hilang semangat dalam tugas. Ada sahaja isu yang tidak kena dengan polis sehinggakan apa yang mereka buat akan terpampang di dada akhbar. Keburukan yang dilakukan oleh sekelompok polis akan mendapat liputan meluas media manakala jasa polis menghapuskan penjenayah dipandang sebelah mata. Ahli-ahli politik mana yang memperjuangkan pihak polis apabila ada di kalangan polis yang terbunuh dalam menjalankan tugas mereka?

Sedarkah anda semua pihak polis bertungkus-lumus menjalankan tugas & amanah rakyat dibandingkan dengan pekerja-pekerja kerajaan di jabatan lain? Beban kerja anggota polis adalah berat. Rakyat Malaysia semakin hari semakin bertambah, anggota polis pula jumlahnya masih di takuk lama. Sedarkah ratio untuk seorang anggota polis perlu menjaga lebih daripada 1000 orang awam (1:1000) atau lebih di bandar-bandar besar sedangkan Interpol mencadangkan 1 anggota polis untuk 250 orang (1:250). Untuk mengalaminya, saya cadangkan mereka yang berada di luar sana (terutama yang suka
menghentam polis) supaya cuba duduk di tempat ini dan merasainya. In order to feel the pressure of being a police officer, you must first experience it. To not
being able to see your families, not able to go home – how is that for sacrifice to the country?

Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat negara ini berhak menyoal tentang dasar-dasar kerajaan. Tetapi setiap tuduhan & dakwaan hendaklah berasas dan mempunyai bukti. Mengkritik polis tanpa memahami tugas-tugas dan prosedur yang mesti merka laksanakan bukanlah sesuatu yang adil.

Saya berasa amat sedih jika isu wanita bogel ini dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dengan tujuan untuk memburukkan polis dan kerajaan. Tetapi itulah yang saya rasa. There are some people out there who is taking opportunity out of this situation. They are what I call opportunist.

Banyak isu lain yang boleh dikupas. Mengapa ada pihak yang tidak mempersoalkan hak asasi warganegara Malaysia yang diganggu oleh orang asing? Mengapa kita tidak memperkatakan tentang jenayah yang dilakukan oleh rakyat asing yang datang ke Malaysia? Apa yang dilihat rakyat di luar negara yang datang ke sini berani melakukan jenayah di negara kita kerana tiada pihak yang akan bersuara tentang jenayah itu, tetapi isu yang akan diperbesarkan adalah tindakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa. Seperti apa yang berlaku sekarang.

Saya harap kedaulatan negara kita tidak dipijak-pijak oleh orang asing dan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di Malaysia. Saya bimbang ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda yang lebih besar atas dasar hak asasi manusia, menggunakan isu hak asasi manusia untuk mengabui mata masyarakat seperti apa yang berlaku sekarang ini. Adakah para pembaca dapat memahami isu di sebaliknya? Always read between the fine lines.

Biarlah pihak polis menjalankan siasatan rapi dalam kes tahanan wanita bogel ini. Justice will prevail. For now, we just wait for the outcome of the case.

Kenanglah jasa pihak polis. Mereka berhak dikritik, tetapi mereka juga berhak disanjung tinggi kerana mereka berjuang demi keamanan negara.

Terima kasih.

ASP Annuar Amri Datuk Abd Muluf,
Penang.

Advertisements

~ by Taufiq Lazyduck on December 10, 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: